RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAJUK : Mengenal alat muzik perkusi

AKTIVITI :

i. Penggunaan blog

ii. Projek menghasilkan alat muzik (marakas) daripada botol plastik.

iii. Nyanyian lagu

KAEDAH : Berasaskan bahan/sumber

TMK/ ICT : Penggunaan Laman Sesawang (www.wix.com)

OBJEKTIF :

1) Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

2) Meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak mengenal dan bunyi alat muzik.

3) Meningkatkan kreativiti kanak-kanak untuk membuat alat muzik dengan bahan terbuang.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(SLOT PENGAJARAN 60 MINIT)

Komponen : Perkembangan Fizikal dan Estetika

Kelas : Prasekolah

Tarikh : 09.3.2012

Masa : 9.00-10.00

Bilangan Pelajar : 25 orang

Modul : Bertema

Tema : Negara saya

Subtema : Peralatan Muzik

Tunjang utama : Perkembangan fizikal dan estitika-Kreativiti

Standard kandungan : KM 7.2.4 Kenal alat muzik perkusi

KTI 2.2 Mengambil bahagian dalam aktiviti memainkan perkusi

Standard Pembelajaran: KM 2.2.2 Bercerita tentang bunyi marakas

KTI 1.2 Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif

KTI 2.2.1 Mengecam bunyi perkusi dan menamakan jenis alat yang dibunyikan

KTI 2.2.3 Memainkan perkusi dengan iringan muzik dengan bimbingan

Kesepaduan tunjang : KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai

aktiviti dengan bimbingan

PFK 1.1.13 Menggunakan tangan untuk memulas penutup botol

Objektif pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat:

i. Mengenal bunyi alat muzik perkusi

ii. Menghasilkan satu alat muzik daripada bahan terbuang

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menyebut dua jenis alat perkusi

Kemahiran Berfikir(KB) : Meneroka bunyi menerusi bahan atau objek

Penerapan Nilai : Bekerjasama, hormat-menghormati dan berdisplin

Bahan Bantu Mengajar(BBM): Gambar-gambar alat perkusi, laptop (tayangan video), peralatan alat perkusi, botol

plastik, pasir, pita pelekat

Fokus MI : Kecerdasan kinestetik

Kosa Kata : Alat perkusi, botol air, pasir, pita pelekat

LANGKAH/

MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

( 5 minit)

- Pergerakan/senaman ringan sambil di iringi muzik ‘Chicken Dance”

• Guru memperdengarkan muzik tanpa lagu “Chicken Dance”

• Guru dan murid membuat gerakan anggota badan mengikut rentak muzik.

BBM: CD, laptop

Langkah 1

Penyampaian

• Murid-murid diminta untuk membuka laman sesawang (www.wix.com)

• Guru memaparkan laman sesawang yang akan dilayari oleh murid.

• Guru menerangkan setiap ikon yang ada di laman sesawang tersebut.

• Guru meminta murid membuka ikon teknik untuk mempelajari teknik memegang alat muzik perkusi.

• Guru meminta murid membuka ikon jenis-jenis alat muzik untuk menonton video cara memainkan alat muzik perkusi.

BBM: laptop

(laman sesawang: www.wix.com)

Langkah 2

( 10 minit)

• Guru memainkan lima alat muzik perkusi di hadapan murid.

• Guru menerangkan cara untuk bermain alat muzik perkusi kepada murid.

• Murid dikehendaki memainkan alatan muzik perkusi yang dibawa oleh guru.

• Murid dapat mengetahui jawapan secara langsung.

Langkah 3

( 20 minit)

Kreativiti dan Estetika

Projek membuat alat muzik

daripada botol plastik.

• Guru meminta kanak-kanak menghasilkan satu jenis alat muzik daripada bahan terbuang dengan bantuan guru

• Guru meminta kanak-kanak mengambil satu botol plastik dan isikan lebih kurang ¼ daripada botol tersebut dengan pasir

• Guru meminta kanak-kanak menutup botol bagi memastikan ia tidak terbuka dengan melekatkan pita pelekat di atas penutup botol tesebut

• Guru meminta kanak-kanak menggoncangkan botol tersebut untuk mengeluarkan bunyi

• Aktiviti ini di jalankan secara individu

BBM: Botol plastik kosong, pasir, pita pelekat

Pendekatan : Pembelajaran Berasaskan projek

Langkah 4

Penutup

(5 minit) • Guru meminta kanak-kanak membunyikan alat muzik yang dihasilkan sambil menyanyikan lagu yang mudah.

This Site Was Created Using Wix.com . Create Your Own Site for Free >>Start